Belum apa-apa sudah jumpa benda pelik. Tujuh biji telur ayam tersusun cantik di belakang rumah. Terus saja Anis mengadu kepada teman baiknya, Mia.
“Mak Luth memang baik tapi banyak hal pelik.”
“Pelik macam mana?”
“Aku ada jumpa telur ayam tujuh biji cantik beratur kat dinding luar bilik tidur aku. Lepas tu aku ada masuk bilik tidur mak mentua aku. Cantik gila wei. Serupa bilik tuan puteri. Katilnya besi. Siap ada tiang untuk gantung kelambu. Kelambu pun warna kuning. Tapi bilik tu bau kemenyan.”
“Kau biar betul, Anis.” Muka Mia nampak cuak. Ini jenis percaya cerita misteri jugak ni. Pantanglah kalau ada cerita hantu. Dia dulu pasang telinga nak dengar.
“Serius babe. Lepas tu, rambut mak mentua aku panjang sampai pinggang. Hitam berkilat lebat. Tak macam rambut wanita umur enam puluhan. Rambut kau pun dah penuh uban. Baru dua puluh tiga tahun kut. Rambut mak mentua aku, sehelai uban pun tak nampak.”
“Sah, mak mentua kau ada saka.”
“Saka tu apa?”
“Kau pergi Google. Jangan malas sangat.”
“Satu hal pula aku nak kena Google.”
Akhirnya Anisah tahu juga apa itu saka. Sesuatu yang dia tidak sangka sama sekali. Dan yang lebih membuatkan Anis serba salah, bagaimana dia mahu beritahu perkara tersebut kepada suaminya, Luth. Mustahil Luth akan percaya ibunya memiliki saka.