Anum tak pernah sangka suami yang dicintai dan dipercayai olehnya selama ini, Hazemi, akan mencurangi rumah tangga yang telah dibina selama 11 tahun. Kerana janda cantik berbadan kerengga, Hazemi lupa pada isteri kurang daging macamnya. Masalahnya, dia tak pernah pun kurang kasih sayang terhadap Hazemi, diberi sebulatnya, tanpa sebarang ragu.
Rupanya, itulah kesalahan utama Anum!
Anum tak reti nak bermanja, malu nak mengada, jadi datanglah perempuan lain yang bermanja dan mengada dengan suaminya, tanpa malu.
“Anum, percaya la... Abang takkan buat apa pun yang boleh lukakan perasaan Anum.” - Hazemi
“Abang rasa Anum tengah bahagia ke sekarang? Anum dapat tahu suami Anum sanggup sayang perempuan lain, ada hubungan dengan perempuan lain dan nak berkahwin dengan perempuan lain... Abang rasa Anum tak terluka?” – Anum
Tapi, Anum tidak mudah melatah. Perempuan yang bukan bernama Surau (macam dalam telefon Hazemi), tapi bernama Jihah itu, Anum ajak jumpa. Dia akan mengizinkan Hazemi dan Jihah menikah, sebab nampak sangat muka miang nak kahwin pada muka dua makhluk itu. Cumanya, Anum maklum siap-siap syaratnya.
“Apa saja yang jadi hak akak selama perkahwinan akak dengan Abang Mi akan kekal jadi hak akak. Suami saja yang kita kongsi. Lain daripada tu, kita tak kongsi.” - Anum
“Faham, Kak Anum. Jihah faham.” - Jihah
Anum hanya merancang, Hazemi dan Jihah yang terperangkap. Anum hendak ajar suami dan perempuan luar itu yang sama-sama gatal. Anum takkan mudah-mudah bagi muka kepada mereka sekiranya harga yang perlu dibayar adalah kesedihan dan air mata anak-anaknya.
Hakikatnya, Anum tidak kisah hilang suami, namun Anum sekadar tak mahu anak-anaknya hilang seorang ayah. Malangnya, Hazemi tidak mempunyai tanggapan yang sama. Hazemi lebih sanggup hilang Anum dan anak-anak mereka, Qalish dan Qalisha, daripada kehilangan penyondol rumah tangga yang namanya Jihah.
“Walau apa pun yang Anum cuba buat, abang tetap akan berkahwin dengan Jihah. Jihah lebih perlukan abang daripada Anum atau Qalish dan Qalisha!” - Hazemi
Akhirnya Anum sedar, dalam ceritanya, dia saja yang ada untuknya. Dia saja hero untuk dirinya. Kerana cinta Anum kepada Hazemi adalah cinta yang tak pernah buta.