Sungguh Soraya tak sangka emaknya boleh buat gila pinangkan Haidar Alam untuknya. Lelaki yang selama ini sibuk-sibuk mahu jadikan emak Soraya sebagai emaknya!
Soraya tak nak kahwin dengan Haidar, tambah-tambah lagi di bulan puasa. Tapi emak Soraya ugut nak hantar dia ke rumah anak yatim jika dia tak mengikut. Dek tak nak jadi anak derhaka, Soraya terpaksa turutkan saja. Pasrah konon!
Tapi betul-betul ke Soraya pasrah sebenarnya?
“Don’t you dare, Haidar. Saya ada karate. Awak tahu kan masa sekolah dulu macam mana saya kerjakan kawan awak tu sebab dia cuba nak kacau saya?” – Soraya
“Tahu. Dan saya ada silat. Awak ingat kan macam mana saya terpaksa selamatkan awak lepas kawan saya tu bawa geng dia untuk kerjakan awak?” – Haidar
“Karate lagi bagus daripada silat, okey!” – Soraya
“Fine. Malam ini awak berkarate dan saya bersilat. Kita tengok siapa menang, siapa kalah. Yang kalah jadi bahan korban, yang berjaya jadi pejuang hebat. Kan, sayang?” – Haidar
Haidar memang dah lama simpan perasaan dekat Soraya. Tapi itulah, Soraya asyik garang dengan dia saja. Tapi lepas berkahwin, tiba-tiba Soraya jadi jinak macam arnab comel pula. Pandai cemburu, pandai ambil hati dan pandai nak minta pujuk pula.
Sebab itulah Haidar terpaksa kejar Soraya sampai ke KL bila isterinya itu merajuk cemburu dengan Lealis yang menyimpan perasaan kepadanya. Padahal Lealis itu cuma pelajar tuisyen Haidar saja. Haidar tak berminat langsung dengan budak perempuan itu.
Masalahnya, Lealis bikin Soraya jadi cemburu!
“Sanggup cikgu tolak Lis macam ni.” – Lealis
“Sebab awak dah jadi jenis tak faham bahasa. Ni je jalan yang ada untuk saya fahamkan awak, Lis.” – Haidar
“Cikgu yang tak nak faham apa Lis cakapkan. Lis suka cikgu! Lis nak kahwin dengan cikgu!” – Lealis Soraya bukan tahap cemburu saja ya tapi dah tahap nak korek biji mata orang hidup-hidup!
Soraya nekad pertahankan perkahwinannya dengan Haidar, walaupun mulanya dia rasa macam kena paksa dengan mak. Tapi bila dah jatuh cinta dengan suaminya sendiri, memang tak bodohlah dia nak membiarkan perempuan lain cantas suaminya. Penyondol hingusan pula tu!