Dengan alasan sudah muak hidup bersama, Zakuan menceraikan Nur Diah. Nur Diah pasrah dan berdamai dengan takdir yang tertulis.
Selepas mendirikan mahligai baru bersama kekasihnya, Zakuan mula mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ayah. Lantaran nafkah anak-anak sudah tidak dibayar, Nur Diah nekad bersemuka dengan Zakuan.
Namun Zakuan memberikan kata dua, kalau Nur Diah bertegas mahu bawa perkara nafkah anak-anak ke mahkamah, Zakuan akan tentang habisan dan akan mengambil ketiga anak mereka tanpa Nur Diah boleh bertemu dengan anak-anak sama sekali.
Pilihan kedua, sekiranya Nur Diah tidak membuat sebarang tuntutan, Nur Diah boleh menjaga ketiga anak mereka. Akal waras Nur Diah segera berfikir. Dia tak boleh menjadi seorang ibu yang pentingkan diri sendiri. Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak namun kebajikan anak-anak adalah keutamaan Nur Diah. Jadi, dia serahkan hak penjagaan anak-anak kepada Zakuan.
Zakuan terkejut kerana tidak menyangka Nur Diah menyerahkan anak-anak kepadanya. Sangka Zakuan, Nur Diah memilih pilihan kedua dan Zakuan akan lepas tangan dalam bab nafkah anak-anak.
Bermulalah babak duka buat Zakuan dan bermulanya kehidupan baru buat seorang Nur Diah.