Setelah ranjau dilalui, kembali bersatu dalam perkahwinan. Adakah mereka sebenarnya sudah berjaya menggapai bahagia? Tidak.
Suatu masa dulu mereka berpisah, Yukh merana. Cuba melepaskan cinta dihatinya terhadap Irene dengan berkawan dengan wanita lain. Wanita datang dan pergi daripada hidupnya. Sayangnya cinta yang utuh itu masih tetap berada di tempat yang sama.
Lalu setelah dimakbulkan impian mereka untuk kembali bersatu, satu lagi suratan tiba ke dalam hidup mereka. Yukh ditangkap khalwat bersama bekas teman wanitanya. Yukh berpoligami dengan Rahayu setelah dipaksa. Resamnya lelaki merasa hebat jika punya dua isteri. Tetapi tidak dengan Yukh. Pengalaman baru mengajarnya untuk menjadi suami yang adil kepada dua isteri dalam keadaan tidak ikhlas.
Rahayu tipikal gold digger mahu senang dengan mengahwini lelaki berusia dan berduit. Tetapi hakikat tidak seindah seperti novel. Yukh bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta. Lalu dia cuba memisahkan dua hati yang saling mencintai. Sayangnya, takdir mendahului perkahwinan mereka.
"Rahayu, bersaksikan ayah awak, saya ceraikan awak dengan talak 3. Selesai masalah kita!" - Yukh
Punah impian Rahayu. Lenyap segala rancangan setelah disingkirkan oleh Yukh lebih cepat daripada apa yang dibayangkan.
Ternyata ikatan kasih sayang antara Yukh dan Irene masih utuh biarpun berapa ramai orang ketiga cuba hadir memisahkan mereka. Kerana setelah masa berlalu, mereka belajar daripada setiap kekurangan. Daripada seorang lelaki yang tidak kenal erti pengorbanan, Yukh mengubah dirinya. Mengejar impian menjadi suami dan ayah mithali.
Perkahwinan dan poligami mengajar tentang banyak perkara. Begitulah Yukh dan Irene.
Dominan II tidaklah mengangkat darjat poligami itu indah. Tidak juga merendahkan hukuman Allah. Sebaliknya ini tentang hikmah-Nya. Sepertimana mereka ini tidak berputus asa lagi. Melangkah bersama bahagia itu menjadi milik mereka!Read More