Dia masukkan kau ke dalam sebuah bilik dan mula lambakkan dengan hal-hal yang kau mahukan. Dalam masa yang sama, dia tutup pintu sedikit demi sedikit sehingga terkunci. Waktu tu kau sedar tapi kau sudah terperangkap sebagai mangsanya.
Itu perumpamaan pada wanita yang diperangkap oleh lelaki narsistik dan manipulasi. Kamil memegang semua takhta yang layak melabelkannya lelaki perosak.
Bagi Kamil, Amaya bukan saja isteri tetapi Amaya perlu patuh. Kalau boleh, dia mahu Amaya menjadi seperti anjing yang tunduk pada tuannya Sejahat apa pun perbuatannya, Amaya harus menyalahkan diri sendiri.
Satu situasi yang berlaku di kafe membuatkan Amaya sedar selama ini segala tentangnya diaturkan oleh Kamil.
Beratnya harus mengikuti piawaian Kamil. Jika dia mahu bersolat, Kamil perlu membenarkannya.
Segala pakaian tidak boleh dibeli sendiri. Harus Kamil yang pilih.
Amaya tekad untuk mencari diri sendiri. Kamil benar-benar rosak. Benda yang rosak perlu dibuang atau diperbaiki. Amaya tekad untuk membuang lelaki perosak itu dan membaiki dirinya sendiri.
“Kalau I nak curang, I hanya akan curang kalau ada masalah dengan you. Kebanyakan kes curang disebabkan isteri tak reti jaga suami. Tapi you jaga I dengan elok. Tak ada alasan untuk I curang." ~ Ini salah satu cara Kamil memanipulasikannya.
Amaya pernah tunduk. Tapi kali ini tidak.
“Disebabkan awak yang tergoda, saya yang salah? Awak cakap guna otak tak? Kalau awak tergoda, itu maksudnya awak lelaki murahan. Murahan dan bodoh. Kononnya nak bawa saya ke syurga. Padahal perangai tempah neraka.”