Lebaran itu telah membuka hati Zahra mengenal cinta kepada abang angkatnya sendiri. Semusim lebaran yang singkat namun membawa dia kepada kisah cinta yang tidak bersambut lebih enam tahun lamanya.
Edruce anak yatim yang memegang impian besar. Sebagai anak yatim dia belajar agar tidak terus hidup dalam belas ihsan orang. Sayangnya, ihsan di hatinya hilang ditelan cita-citanya untuk berjaya dalam hidup. Masa berlalu, dia membiarkan Zahra mencintainya dalam diam.
Fitnah Ameer, tunang Zahra melorongkan jalan untuk Zahra dan Edruce bersatu dalam ikatan perkahwinan dalam keadaan terpaksa.
‘Kau tak faham. Cerita tu semua tak penting lagi untuk aku. Aku anak angkat. Aku terpaksa buat macam ni.’- Edruce.
‘Cerita tu penting untuk Zara. Kerana abang percaya Zara perempuan kotor!’- Zahra
Zahra ingin merayu. Tapi untuk apa merayu kepada yang tak sudi.
Tidak bersedia untuk memiliki mana-mana wanita, Edruce meninggalkan Zahra pada malam pertama sehingga menyebabkan keluarga itu musnah.
‘Ingat pesan ayah, kita hidup berjalan di atas dunia hanya kerana Allah yang memimpin kita. Kita hidup kerana Allah. Jangan sedih kerana seorang lelaki. Tutuplah aurat kamu, Zara. Allahuakbar, aku dah nak mati ni. Astaghfirullah.’- Haji Zainal
Itulah detik yang memusnahkan hidup Zahra. Pemergian sang ayah satu detik yang sulit untuk diterimanya. Doa itu senjata orang mukmin. Satu kejadian di Mekah menyedarkan Edruce dari khilafnya. Dia kembali untuk meraih kemaafan. Tetapi mudahkah untuk dimaafkan?
‘Ayah tak buang kau. Kau yang pergi, masih ingat? Macam mana kita boleh buang sesuatu yang lebih awal telah hilang, Edruce? Kau yang pergi!’-Zahra
Bahagia itu sudah tertulis di loh mahfuz. Namun tidak akan mudah jalannya. Pasti ada kisahnya. Zahra dan Edruce, mereka pernah saling meninggalkan namun takdir Allah jualah yang menyatukan mereka semula.