Talak tiga. Itulah jumlah talak yang Zahar hadiahkan selepas setahun mereka hidup bersama. Namun kisah mereka tak terhenti di situ aje. Zahar datang membawa rindu dan idea gilanya.
“Abang akan cari lelaki yang sanggup kahwin dengan Yun. Lepas dia ceraikan Yun, kita nikah semula.”- ZAHAR
Dia mahu menolak. Tapi jauh di sudut hati, dia tak dapat nak nafikan, dia juga ada perasaan sayang terhadap Zahar meskipun mereka kahwin bukanlah atas dasar cinta. Namun, akhirnya dia setuju selepas dapat tahu sesuatu yang selama ini dirahsiakan mereka.
Dan demi nak merealisasikan rancangan Zahar dan mamanya, maka Nael yang dipilih mereka untuk menjadi suami sementara.
“Kau cuma perlu kahwin dengan dia, laksanakan tanggungjawab kau sebagai suami cukup untuk sekali, lepas tu kau ceraikan dia.” – PUAN RIFTAH
Tapi, setiap kerja itu ada harganya. Dan harga untuk dia, bukanlah murah.
“Jadi apa yang saya akan dapat kalau saya terima tawaran mak cik ni? Takkanlah percuma aje kan? Saya bukannya NGO atau jabatan kebajikan masyarakat.” -NAEL
Mereka kahwin seperti yang dirancang. Tapi, setiap kali dia pandang wajah Yun, marahnya rasa meluap.
“Kan kau kahwin dengan aku supaya kau dapat balik semula dekat bekas laki kau tu. Jadi, sekarang cakap, kau nak aku selesaikan tugas aku dekat mana? Atas katil? Atas sofa? Atau atas lantai? Dekat mana-mana pun aku tak kesah. Aku beri kau kuasa untuk memilih.”- NAEL
Dia jadi benci sebab Yun selalu buat keputusan yang salah. Dah dibuat Zahar seperti sampah, tetaplah lelaki itu juga yang Yun mahu kembali.
“Aku pun tak tahulah, apa yang buat kau sayang sangat dengan lelaki macam tu? Aku dah beritahu kau lama, Yun. Dia bukan lelaki yang tepat untuk kau!”-NAEL
“Habis tu, siapa lelaki yang tepat untuk aku? Kau?” -YUN
Namun pada akhirnya, mampukah Nael melepaskan Yun? Atau mungkinkah rahsia yang terbongkar buat Yun kembali semula kepada Zahar?
“Kau kahwin dengan aku sebab kau nak hina aku ke?” - YUN
“Tak. Aku kahwin dengan kau sebab aku dah dibayar. Puas hati?”- NAEL