DELAILA tidak mahu tetapi dia dipaksa oleh ibu tirinya untuk melayani seorang lelaki. Tiada daya upaya Delaila hendak menolak kerana ibu tiri dan teman baiknya Helda sudah mengambil wang untuk melunasi hutang judi mereka.
Hanya kerana satu malam, cinta Noah berputik. Namun cara dia jatuh cinta itu tidak seperti orang lain. Dia meniduri seorang gadis yang tidak dikenali.
Ada seseorang yang mahu menjebak Noah dan menjatuhkan maruah Noah. Ada seseorang yang mahu Noah tinggalkan syarikat.
Noah tertangkap bersama Delaila di dalam kamar mewah sebuah hotel dalam keadaan yang memalukan oleh ibunya, Puan Nora dan tunangannya, Nuraiha. Puan Nora tidak terima anaknya yang berjawatan penting dan berpendidikan tinggi tidur dengan gadis murahan.
Puan Nora benar-benar marah. Alasan itu juga Noah jadikan untuk memutuskan tali pertunangan kerana sejak mula lagi Noah tidak sukakan Nuraiha. Noah bertegas yang bersamanya itu adalah kekasihnya dan akan menikahi gadis itu.
Nuraiha pula tetap mahu teruskan perkahwinan walau dia tahu Noah sudah pun meniduri gadis lain. Berjayakah Noah menghindari Nuraiha?