Kaisar maknanya raja ataupun pemimpin. Seorang raja perlukan seorang permaisuri... dan permaisuri itu ialah aku, Kaisara.
“Macam kebetulan sangat, kan? Kaisar dan Kaisara... raja dan permaisuri.” – Sara a.k.a. Kaisara Humaira.
Dua tahun dia memendam rasa cinta terhadap anak teruna pemilik butik sebelah kafe tempat dia bekerja. Dua tahun dia menjadi stalker terhormat tanpa sedikit pun punya keinginan untuk meluahkan rasa. Bukan apa, takut kena reject. Kaisar Hidayat... itulah nama lelaki itu ataupun dia panggil Mr. Destiny. Lelaki yang ditakdirkan untuknya. Vitamin cinta!
Tiba-tiba, suatu hari mereka ditemukan dalam satu majlis. Pertemuan yang merubah hidup mereka berdua. Pertemuan yang membongkar segala-galanya.
“Dialah bakal isteri Kai.” – Nenek Ramlah.
Tidak pernah berbual atau beramah mesra dengan Kaisar, tiba-tiba sahaja Sara mendapat gelaran bakal isteri Kaisar. Tiba-tiba sahaja dia bergelar tunang lelaki itu. Semuanya berlaku dengan pantas. Namun kegembiraannya tidak lama. Muncul pula Elina.
“Sebenarnya syarat untuk Kaisar menjadi CEO syarikat tu, dia kena kahwin dulu. Dia nak singkirkan papa I yang dah lama bangunkan syarikat tu. Sebab tu dia kahwin dengan orang lain, bukannya dengan I. Dia pilih you sebab dia tahu you tak akan tolak dia. Dia tahu you sukakan dia. You bayangkan betapa busuknya hati dia.” – Elina
Sara terhenyak dengan kenyataan itu. Benarkah lelaki pujaannya itu hanya mempergunakannya? Benarkah Kaisar seorang lelaki yang jahat? Apakah akan terjadi dengan pertunangan mereka yang baru dimeterai itu?
“Kita memang ditakdirkan bersama...” – Kaisar Hidayat