Dibesarkan oleh ibu saudara yang tak pernah ikhlas mahu menjaganya, Mak Long Gayah hanya tunggu masa untuk lepaskan tanggungjawab itu daripada bahu. Tanpa persetujuan Daliya, Mak Long Gayah terima lamaran Aidin untuk memperisterikan Daliya.
“Aku memang tak hadap nak kahwin dengan perempuan kampung tu. Tapi abah dah paksa, aku tak boleh nak tolak. Perempuan tu pun tak laku agaknya sampai mudah sangat terima pinangan lelaki yang dia tak kenal. Tak apa, dia kemaruk nak jadi isteri aku kan? Tahulah nasib dia macam mana nanti. Dia takkan bahagia dengan aku. Takkan!” - Aidin
Kisah kahwin paksa. Klise? Tak, sebab perkahwinan Aidin dan Daliya tak bertahan. Tak sampai 24 Jam, Daliya diceraikan gara-gara Daliya tumbuk Aidin pada malam pertama perkahwinan mereka. Aidin ceraikan Daliya serta-merta. “Kawan awak tu tak matang. Ada ke patut dia ceraikan saya sebab saya tumbuk muka dia? Tapi saya tak kisah pun. Sebab saya pun tak hadap jadi isteri dia. Bajet bagus!” - Daliya
Daliya meluah pada sahabat baik Aidin. Tanpa sedar, dirinya jadi perhatian lelaki bernama Tuan Laith itu. Tanpa pengetahuan Daliya juga, Tuan Laith hantar rombongan meminang untuk jadikan Daliya sebagai isterinya pula. Oh, gila!
“Awak dan Aidin ingat saya ni barang ke? Lepas dia buang saya, awak pula yang kutip. Awak anggap saya macam tu??” - Daliya
Daliya naik angin. Tapi lelaki beku seperti Tuan Laith tu lebih selesa buat tak endah saja pada amukan Daliya. Lantaklah Daliya nak mengamuk sekalipun, yang penting ‘janda berhias’ itu tetap akan jadi milik dia.
“Mak long kata awak pinang saya. Awak ni dah nyanyuk atau kepala awak dah biul sampai awak lupa beza usia kita ni berapa? Saya ni muda lagi. Tak sesuai nak jadi isteri awak. Awak jumpa mak long, batalkan balik pinangan tu!” - Daliya
“Ada dua perkara penting I nak cakap dengan you. Yang pertama, lepas ni I nak you panggil I.. Tuan Laith. I tak suka you bersaya-awak dengan I. Dan yang kedua, I takkan ikut cadangan karut you tu. You suka atau tidak, you akan jadi milik Tuan Laith.” - Irsa Laith
Punyalah Daliya memberontak, kesudahannya dia tetap dipaksa untuk menerima Tuan Laith sebagai suaminya. Ini semua gara-gara Mak Long Gayah.
“Saya tak nak ada malam pertama dengan tuan. Lelaki lepas dah dapat apa dia nak, selalunya dia akan layan perempuan tu serupa kain buruk. Tuan cubalah sentuh saya malam ni, lebam biji mata tuan tu saya tumbuk.” - Daliya
“Lelaki kurus kering macam Aidin tu bolehlah you tumbuk, Liya. Tapi I, I akan buat you lemas dalam pelukan I malam ni. I tak kahwini you untuk I pandang saja. I kahwin dengan you, supaya I boleh bebas sentuh you bila-bila masa yang I nak.” - Irsa Laith
Tuan Laith kahwini Daliya bukan sebab dia nak mainkan hati wanita itu. Ada asbab kukuh dan kalau nak tahu, dialah lelaki paling bahagia waktu dia tahu Aidin ceraikan Daliya pada malam pertama perkahwinan mereka. Namun perkahwinan yang baru dibina mulai teruji pabila Aidin mula jadi duda gila talak. Terkejar-kejarkan Daliya yang tak pernah dia cintai selama ini.
“Aku tak suka kau dekat-dekat dengan Liya. Liya dah jadi isteri aku. Takkan waktu ‘elok’ aje kau nak. Waktu dia selekeh, serupa perempuan kampung.. bukan main lagi kau kutuk. Lagipun aku dah ‘pakai’ Daliya tu. Kau tak malu ke nak pakai bekas aku?” - Irsa Laith
Terpaksa cakap macam tu sebab dia nak buat Aidin rasa tercabar dan lupakan niat dia. Malangnya Daliya pula yang dah salah sangka. Daliya tak tahu, sebenarnya Irsa tu dah jatuh cinta pada pandang pertama pada Daliya. Tuan Laith tak mengaku, sebab dia trauma dengan rasa yang bernama ‘CINTA’.
“Betullah tuan anggap saya ni ‘barang’. Sebab tu tuan cakap macam tu pada Aidin. Dah alang-alang tuan anggap saya macam tu, saya nak ‘upah’ tiap kali tuan datangi saya. Sekurang-kurangnya boleh juga saya buat duit melalui perkahwinan ni. Tak adalah rugi sangat kalau terpaksa makan hati sekalipun.”- Daliya
Daliya memang gadis brutal. Sekali pandang, tak ada langsung sikap sopan santun sebagai Gadis Melayu. Tapi jangan lupa, Daliya ada hati. Hati yang tahu erti terluka pabila dirinya selalu tak dihargai oleh orang di sekeliling. Mampukah perkahwinan Daliya dan Tuan Laith kekal sedangkan di antara mereka, tiada yang mengaku cinta? Atau perkahwinan mereka bakal kecundang di tengah jalan gara-gara campur tangan Aidin?