“Tak guna punya perempuan tua! Kau halau aku? Aku harap kau tak berjodoh sampai mati!” - Razali
Lelaki yang dia bakal hendak kenalkan kepada mamanya sebagai bakal suami telah mencurang. Kerana marah Ayreen putuskan hubungan dengan Razali sejurus sebelum membawa lelaki itu berjumpa mamanya. Sekarang Ayreen kembali solo dan tiada bakal suami. Dia tahu mamanya bakal kecewa.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang sangat kacak, tegap dan seksi. Pokoknya lengkap pakej sebagai calon suami. Jatuh cinta pandang pertama dan sempat berangan-angan untuk menjadikan lelaki itu sebagai calon suaminya dan diperkenalkan kepada mama. Namun...
Kawan adiknya, bermakna muda lima tahun dari dia. Satu salah faham berlaku. Munculnya Fakeeh membuat mama dan adik-adiknya menyangka lelaki itu adalah bakal suaminya. Dia didakwa bercinta secara diam-diam dengan lelaki yang jauh lebih muda itu. Atas faktor kesihatan mamanya, Ayreen membiarkan salah sangka itu. Dan mama merancang perkahwinan mereka!
Tiga bulan lagi majlis pernikahannya dengan Fakeeh. Perjanjian dimeterai bersama Fakeeh, jika dia berjumpa jodoh lain, majlis perkahwinan mereka akan dibatalkan. Namun hari demi hari, dia tidak mampu mencari bakal jodoh lain. Fakeeh menepati semua ciri-ciri lelaki idamannya, cuma lelaki itu jauh lebih muda.
Fakeeh pula sangat teruja dengan perkahwinan mereka walaupun sekadar menjadi jodoh bidan terjun. Seolah-olah perkahwinan itu persetujuan bersama. Dia menjadi curiga dengan lelaki itu. Apa niat Fakeeh berkahwin dengannya? Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih berusia. Namun dia harus akur dengan jodohnya demi mama. Sehinggalah kemunculan kekasih lamanya seminggu sebelum pernikahan mereka.
“Selama sepuluh tahun ni I tak pernah lupakan you Amani. I masih cintakan you.” – Akmal
“I nak batalkan perkahwinan kita... No. Bukan. I nak gantikan you sebagai pengantin lelaki dengan lelaki lain.” – Ayreen Amani.
Fakeeh enggan melepaskan Ayreen tetapi gadis itu tetap mahu menukar pengantinnya. Sehingga sanggup kahwin lari.
“I sayangkan you. I cintakan you sangat-sangat. I nak you gembira. Dan kalau you gembira dengan lelaki lain, I akan lepaskan you. Pergi kejar cinta you.” – Fakeeh Wakeel
Siapa pilihan Ayreen? Adakah Ayreen sanggup kahwin lari semata-mata tidak mahu berjodoh dengan lelaki lebih muda darinya?
“I sama seperti gadis-gadis lain yang ingin dicintai oleh seorang lelaki dengan tulus dan ikhlas.” – Ayreen Amani.