Buku Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi Surah Hud ini merupakan terbitan pertama koleksi buku-buku tafsir oleh al-Marhum Tuan Guru. Ia diterbitkan pada tahun 1996.
Surah ini dipilih memandangkan al-Marhum Tuan Guru menghuraikan dalam dua situasi. Pertama, situasi sebelum Tuan Guru memagang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Kedua, selepas Tuan Guru memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan. Justeru, berdasarkan kedua-dua huraiannya, kita boleh melihat perbezaan penerangan Tuan Guru.
Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua yang bermaksud : "(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah."
Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya; 'Alayhimussolatu was Salam.
Mesej ini bersifat universal yang disampaikan oleh para Nabi kepada kaum mereka ini juga turut disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh manusia hingga akhir zaman. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalam surah ini menceritakan pergelutan manusia dalam menerima kebenaran dan menolak kebatilan serta menerangkan pergelutan mereka untuk menerima keimanan dan menolak kekufuran.
Pembukaan surah ini menjelaskan jaminan kemenangan bagi orang yang mantap iman manakala penutupnya berkenaan jaminan kekalahan bagi orang yang telah memilih kubur berbanding iman.
Format:
Hardcover
Pages:
459 pages
Publication:
2020
Publisher:
Pertubuhan Alim Rabbani
Edition:
Language:
msa
ISBN10:
ISBN13:
kindle Asin:
B0DM4H3GMD
Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat : Surah Hud