Tajuk : Bukan Bidadari Syurgamu Penulis : Ayeshah Amani
Perkahwinan merupakan satu momen yang sangat bermakna bagi setiap insan yang bernama manusia. Tetapi bagaimana jika ikatan suci itu sebagai satu mekanisme untuk membalas dendam?
“Jangan harap aku nak bagi kau sentuh aku. Walau seinci pun aku takkan izinkan!” - ZULAIKHA ARIANA “Tapi kenapa Zue benci abang sampai macamni sekali? What is my fault?” – FAYYAD RAZZEL
“Jawapan tu ada pada kau Fayyad Razzel! Kau punca aku jadi macam ni. Semuanya salah kau. Dulu kau benci aku, kau kutuk aku macam-macam. Kau cakap aku hitam, kau kutuk aku depan semua orang. Aku ingat semua perbuatan kau pada aku!” – ZULAIKHA ARIANA
Dan jawapan itu berjaya membuatkan Fayyad Razzel terduduk. Siapa sangka sikapnya dahulu yang suka memperlekehkan orang lain dari segi paras rupa akhirnya memakan dirinya sendiri.
Dendam memakan tuan. Itu yang dirasai Zulaikha. Siapa sangka sewaktu tempoh untuk dirinya membalas dendam kepada suaminya sendiri itu telah berjaya menumbuhkan bibit-bibit cinta mereka berdua.
Namun segalanya musnah apabila Zulaikha terpaksa mengambil keputusan untuk mengakhirkan segalanya.
“Untuk pengetahuan kau Fayyad, aku penatlah nak berlakon lagi depan kau. Kau ingat, selama ni aku ikhlas ke untuk berbaik balik dengan kau? In your dream lah!” – ZULAIKHA ARIANA “But why now? Kenapa sekarang baru Zue cakap semua tu? Di saat kasih sayang abang pada Zue tak ternilai banyaknya. Di saat abang yakin Zue mampu jadi isteri abang di dunia dan akhirat...” – FAYYAD RAZZEL Keadaan semakin bertambah buruk apabila ibu Fayyad telah pun mengetahui hakikat yang berlaku dalam rumah tangga anak lelakinya itu.
“Rupanya ini perangai sebenar kau ya perempuan? Aku tak sangka yang perempuan aku sanjung dan aku mati-mati ingat mampu jadi menantu aku yang terbaik dan mampu berikan anak aku zuriat rupanya perangai teruk macam ni. Dasar perempuan sundal! Kau jangan harap kau boleh senang-senang lepas dari anak aku. Aku nak kau tengok dia kahwin lagi satu depan kau. Kalau kau tak mampu beri aku cucu, hei banyak lagilah perempuan beratur nak kahwin dengan anak aku!” – HAJAH HAYATI
Mahu tak mahu, Zulaikha terpaksa akur kerana dia sedar semuanya berpunca daripada kesalahan dirinya sendiri.
“Silakan kalau umi nak carikan isteri baru untuk Fayyad. Zue izinkan. Lagipun umi dah lama kan nakkan cucu, baik umi cepat-cepat cari.”– ZULAIKHA ARIANA
Yang menyedihkan, majlis yang diadakan untuk memperkenalkan dirinya sebagai isteri Fayyad bertukar tragedi apabila Fayyad melafazkan sesuatu yang tidak dijangka.
“Dengan bersaksikan semua yang ada di sini, Zulaikha tidak akan menjadi isteri saya lagi di saat saya menikahi Raihana. Sejujurnya, saya dah tak mahu perempuan tak guna ni jadi isteri saya lagi. Umi, tolong uruskan semuanya ya.” - FAYYAD RAZZEL
Adakah semudah itu Zulaikha akan melepaskan Fayyad? Adakah terdapat sebab tersembunyi mengapa Zulaikha merelakan sahaja Fayyad menceraikannya?