“Marriage still is not in my list. On top of all, it takes a strong woman to stand beside a man who serves, but even stronger love to endure the distance and uncertainty.”
KAPTEN LAZURI UMAM. Bagi seorang lelaki yang hidupnya berkhidmat untuk negara, cinta bukanlah menjadi keutamaan. Dia percaya bahawa bunga akan bertemu kumbangnya tepat pada waktu. Dijodohkan dengan seorang gadis, namun sayangnya, hati terpaut terhadap gadis yang lain pada pandangan pertama. Pada awalnya, perkahwinan langsung tidak ada dalam senarai hidupnya meskipun umur telah mencecah 30-an. Namun, pertemuan kali pertama ketika berada di kampung arwah opah, berjaya meruntuhkan benteng itu. Jiwa kucar-kacir. Pembuluh darah berdegup kencang. Nadi rancak mengoyahkan keutuhan.
“Sayang betul. Cantik sangat muka dia tu. Tapi, badan tu...” – PENDUDUK KAMPUNG
Kata orang-orang dulu, jika hati seseorang bergetar pada pandangan pertama, itu adalah tanda ‘jodoh yang sudah ditetapkan oleh takdir.’ Walaupun si comel itu bertubuh saiz XXXL, tetap sahaja kapten itu gila bayang! Apa masalah dengan badan dia? Hati mendengus bengang mendengar komen orang kampung.
”Tower, this is Captain Eagle Eye speaking. Operation 978294. Let’s fly under the radar. No signals, no leaks. Even the wind doesn’t know I’m coming.” – KAPTEN LAZURI UMAM
HABIBAH HANUM. Saiz tubuh bukan menjadi penghalang kepada kepopularannya dalam kalangan penduduk sebagai tukang kuih paling enak. Tiada angin, tiada ribut, tak dijangka sukma seorang anggota perwira terusik olehnya. Kumbang akhirnya bertemu dengan bunga! Malangnya, Habibah serba-salah untuk menerima apabila lelaki itu telah dijodohkan dengan rakan baiknya sendiri, Sofea Imani. Ingin menolak, hati turut terpaut jua.
“Urat yang macam peta jalan raya juga korang gilakan.” – HABIBAH HANUM
Rakan setugas Kapten Lazuri Umam gusar memikirkan tahap angau sang ketua.
“Guys, korang hidu tak benda yang aku hidu?” – LEFTENAN NUSA
“Bau apa?” – LEFTENAN AMEER
“Bau-bau orang terjauh cinta!” – LEFTENAN NUSA Akhirnya, mereka bersatu jua. Masing-masing masih baru dalam melayari bahtera dengan disulami kasih sayang tanpa sempadan.
Namun, apa pula cabaran setelah berkahwin yang diterima? Mampukah Habibah Hanum mencapai kebahagiaan walaupun bentuk tubuhnya sering dipertikaikan untuk kekal berada di sisi sang sekuriti udara?