Read Anywhere and on Any Device!

Subscribe to Read | $0.00

Join today and start reading your favorite books for Free!

Read Anywhere and on Any Device!

  • Download on iOS
  • Download on Android
  • Download on iOS

Dulu, Pernah Cinta...

Aleya Aneesa
4.20/5 (5 ratings)
JADI anak Datuk Khairi, dia dilayan seperti puteri. Kasih sayang melimpah-ruah, kemewahan tak pernah kurang. Jadi isteri Luzman, status puterinya bertukar kuli. Dialah yang mencari makan, dia jugalah yang menyediakan makanan.

Tiga tahun menempuh rutin yang menekan, sungguh tak mudah buat Nadha. Bisanya mulut si ibu mentua, buat hatinya tercarik luka. Kurang ajarnya si adik ipar, menambah dalam luka yang cuba dijahit.

Dan Luzman... lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung, tetap pilih diam. Mata dibutakan daripada melihat mental fizikalnya dibuli. Telinga dipekakkan daripada mendengar kejam bicara mereka padanya.

“Kadang I tak sihat, rasa macam nak mati, tapi tetap juga I kena turun dapur. Jadi babu keluarga you. I penat. I sangat-sangat penat, Man. I perlukan ruang untuk diri I. Untuk rumah tangga kita.” – NADHA

Namun sesabar mana pun Nadha, lelah juga dia. Lalu lidah diasuh supaya berani berkata tidak walau didesak dan diasak. Cukuplah dia memberi muka pada yang tak tahu erti syukur.

Malangnya, baru dia bertekad bangkit, madu beracun Luzman hadiahkan padanya. Lantas hati yang menanggung beban bertahun, jadi makin remuk. Di atas peraduan dia dan Luzman, terbaring tubuh yang sangat dia kenal, yang dia panggil acu!

“Apa... apa sebenarnya salah Nad pada acu sampai acu tergamak tikam Nad macam ni?” – NADHA

“Selama ni orang yang paling aku benci dalam dunia ni, kau! Ayah dan ibu selalu sebut nama kau walaupun aku berdiri depan dia orang. Abang long dan kak long pun tak sudah-sudahlah dengan rasa bangga dia orang pada kau.” – SHINA

Kecewa, Nadha pilih pergi. Cintanya pada Luzman, dia kuburkan. Sayangnya pada Shina, dia bakul sampahkan. Untuk apa menunggu jika hatinya tak dihargai. Lalu diam-diam dia berimpian, sampai akhir hayat tak ada maaf untuk mereka.

Dua tahun masa berlalu, ketika gembira dan bahagia membalut keluarga Luzman, dia kembali dengan status isteri Isyraq Hadif. Hanya sahaja, kembalinya bukan untuk sebuah perdamaian. Tapi demi dendam!

Mampukah Nadha melunaskan segala sakit di hati? Relakah Shina dan Luzman mengikut jalan aturan Nadha? Siapakah sebenarnya Isyraq yang menghulur tangan pada saat Nadha hampir rebah? Dan Nadha... cukup kuatkah jika jatuh di dalam lubang yang sama, sekali lagi?
Format:
ebook
Pages:
408 pages
Publication:
2024
Publisher:
Edition:
Language:
ISBN10:
ISBN13:
kindle Asin:
B0DVF1SPM2