MALEQ IZZYAD, kelahirannya tak pernah diterima. Didera mental dan fizikal, hidupnya tak indah. Tapi dia bertahan sampai hatinya diam-diam mati. Hilang bertahun, kemudian dia muncul menjadi mimpi ngeri buat keluarganya.
SOPHEA AULIA, hidupnya indah walau tak kaya. Kasih sayang sempurna, perhatian pun cukup. Mengenali Daniel, hidup sederhananya kian lengkap. Yang diimpikan hanya bahagia di sisi lelaki itu.
“Daniel tak sesuai untuk awak. Baliklah. Hiduplah baik-baik tanpa Daniel.” – Itu amaran Maleq.
“Patutlah Daniel pernah kata dia tak suka awak, awak memang nampak jahat. Tak menyenangkan hati. Menyakitkan hati!” – Itu balas Sophea
Bila amaran Maleq jadi kenyataan, Sophea nanar. Majlis lagi tiga hari, pengantin lelaki tak ada. Memikirkan ayah ibunya, dia nekad merayu. Malangnya Daniel pilih harta.
Kerana dendam, Maleq tawarkan diri jadi pengganti. Yakin, Daniel naik gila. Terdesak, Sophea terima. Lalu perjanjian dibuat, perkahwinan mereka hanya untuk tempoh 72 jam. Selepas itu, mereka tak saling kenal. Bila telahan Maleq tentang kegilaan Daniel benar, segalanya berubah. Tempoh 72 jam berlalu. Hidup Sophea yang mula tak indah, jadi bertambah kelam. Satu demi satu menimpa, dia putus harap.
“Ceraikan saya sekarang juga!” – SOPHEA
“Sophea Aulia binti Abdul Halim. Saya... Maleq Izzyad, tak akan ceraikan awak.” – MALEQ
Yakin Maleq bukan lawannya, Sophea buat syarat baru. Maleq yang tahu betapa sakitnya mengheret kecewa dan dendam, sambut mudah syarat Sophea. Yang penting, hati Sophea puas!
“Awak yakin ke yang awak boleh lawan dia orang?” - MALEQ
“Saya mungkin tak boleh bunuh dia orang tapi saya akan buat dia orang menderita perlahan-lahan, sampai dia orang sedar yang dia orang bermusuh dengan orang yang salah.” – SOPHEA
Bila Sophea mengotakan kata, keluarga Maleq mula haru-biru. Hendak membalas, amaran Maleq jadi perisai Sophea. Tapi kerana mereka manusia, sabar mereka tak lama. Saat tercalar dan tercabar, nyawa Sophea jadi taruhan.
Dan Maleq... kesal tak sudah! Berapa kali lagi Sophea perlu disakiti? Lantas Sophea diberikan pilihan. Kekal di sisinya, jika sayang. Pergi, jika benci. Sophea buntu. Bertahan hidup di sisi Maleq, tak pernah dia fikir. Melepaskan Maleq pergi, tak pernah dia bayang. Tapi kerana hidup ini pilihan, dia perlu memilih, walau pilihannya melukakan.