Mira tak pernah merancangnya! Malah, bukan pelan Mira langsung untuk melakukannya! Mana mungkin dia ada pelan untuk menamatwatkan riwayat pembantu rumahnya sendiri, Sumi, yang dipercayai semenjak dulu lagi? Namun, hal itu tetap berlaku. Mira telah membunuh Sumi tanpa niat!
“Sumi dah mati, bang.” - Mira “Mati?” - Nawawi “Macam mana dia boleh...” - Mira “Mira tak sengaja.” - Nawawi
Nawawi terkejut bila tahu apa yang telah Mira lakukan. Malah, lebih mengejutkan, isterinya yang selama ini hanya terlantar dan tidak boleh bergerak ke mana-mana tanpa bantuan Sumi atau dia, tiba-tiba sahaja sudah boleh berdiri dan berjalan sendiri.
Nawawi tidak faham apa yang sedang berlaku. Bagaimana isterinya itu boleh pulih dengan tiba-tiba? Dan, mengapa pula tiba-tiba saja Mira bertindak membunuh Sumi, dengan tak sengaja?
“Selama ni dia menipu Mira dan abang.” - Mira “Maksudnya apa?” - Nawawi “Mira lumpuh dah bertahun-tahun, bang. Sumilah penyebabnya. Dia yang sebabkan Mira lumpuh!” - Mira
Tidak Nawawi sangka sebegini mudah hidupnya dan Mira boleh berubah. Hanya dengan satu kesilapan, segala kebahagiaan milik mereka bakal luntur dan runtuh.
“Biar apa pun yang kita buat, kita tak tak boleh biarkan sesiapa pun tahu pasal benda ni. Ini rahsia kita, Mira.” - Nawawi