Lania anak yang disisihkan si ayah kerana fitnah. Berpuluh tahun berlalu, si ayah baru menyedari Lania itu anak kandungnya. Bukan seperti yang difitnah orang kononnya bekas isterinya berskandal dengan rakan kongsinya ketika dalam idah.
Luka hati Lania tercalar teruk. Namun dirinya dahagakan kasih ayah kandungnya.
Tan Sri Hudson, ayah yang loser biarpun kaya-raya. Dirinya tertipu dengan fitnah isterinya, Puan Sri Aida sehingga dia menyisihkan Lania. Sayangnya dia tidak sedar, Aqila yang disangka anak kandungnya itulah sebenarnya anak orang lain.
Cuba menjadi ayah kepada Lania, namun dia gagal. Lania cuba didekatkan dengan Naem, seorang pengarah muda kacak di syarikatnya. Dengan harapan, Lania tidak akan pergi jauh daripadanya kerana Naem.
Tetapi Naem bukan lelaki yang mudah dipergunakan oleh kawan-kawan baik arwah ayahnya. Matanya memandang Lania demi dirinya sendiri. Bukan kerana harta. Bukan kerana alasan lain. Dia ingin mencintai Lania seikhlas hatinya.
Sayangnya, Aqila itu terlebih dahulu mencintai Naem sebelum Lania tiba. Lania sedar... antara dia dengan Aqila, dia sudah jauh ketinggalan. Dia terpaksa akur ayah kandungnya lebih sayangkan Aqila. Dia hanya diberikan tempat kedua dalam hidup ayahnya itu.
Namun di samping takdir yang tidak indah itu, Lania memiliki Naem, lelaki yang membuatkan Aqila separuh gila dan hilang arah. Aqila pula memiliki ayah yang benar-benar sayang kepadanya.
Bagaimanakah penyudah hubungan Lania dengan ayahnya? Dan apa pula terjadi kepada Aqila?