Kerana Syakir, Jafni meninggalkannya. Kerana Syakir, dia yang dulunya lembut dan polos bertukar tingkah. Bertukar rasa. Yang tinggal hanya dendam dan sakit hati yang tak berpenghujung.
Lalu, muncul Hazzar menghulurkan tangan menarik dia biar bangun. Tapi tak mungkin! Kerana Hazzar itu teman sekongkol Syakir. Kalau Syakir dia benci, Hazzar pun dia tak suka. Dan yang dia mahu, hanya Jafni. Tak peduli walau Julia ada. Tapi mustahil! Nama Jafni, Syakir pangkah. Baginya, biar Piya sendiri daripada hidup dengan lelaki itu.
Sedangkan Hazzar sejenis tak mudah mengalah dan tak mahu juga kalah. Bila sang ayah mula campur tangan, Piya nanar mencari alasan. Jadi isteri Hazzar, dia tak ingin. Hidup susah, dia tak rela. Keputusan apa yang perlu dia ambil?
Namun kerana tak biasa susah, dalam paksa lamaran Hazzar diterima. Bersatu akhirnya mereka suami isteri. Di depan tetamu, Piya senyum manis. Di belakang tetamu, Piya tayang rupa meluat. Diam-diam, dia menyimpan tekad. Jadi janda Hazzar! Sayangnya, sang suami tak semudah yang dia sangka. Sekali dia dipegang, selama-lamanyalah dia terikat. Walau rumah tangga mereka sarat perang dingin. Penuh sindiran paku buah keras!
Hanya saja seiring masa berlalu, amarahnya menyusut. Dendamnya merosot. Entahkan kerana Hazzar yang melayannya baik, entahkan kerana keluarga Hazzar yang menerimanya, seadanya dia atau barangkali, kerana dia seorang isteri. Entahlah! Yang pasti, dia makin selesa. Dia makin mesra.
Sayang semuanya tak lama. Bila Syakira muncul, segala-galanya jadi tak sama lagi. Ada cerita yang Hazzar tak singkap. Ada agenda yang Hazzar tak kisahkan. Lalu hati Piya pecah seribu. Sekali lagi perasaannya dipijak tanpa simpati.
Yang Hazzar buat bukan benda kecil. Bukan benda mudah. Lantas dia memilih, melepaskan. Dia lelah. Dia penat. Ternyata hidupnya, tak bergerak ke mana-mana. Tetap statik di tempat yang sama. Cuma Jafni berganti Hazzar. Hanya itu satu-satunya yang berubah. Piya... kecewa!