Read Anywhere and on Any Device!

Subscribe to Read | $0.00

Join today and start reading your favorite books for Free!

Read Anywhere and on Any Device!

  • Download on iOS
  • Download on Android
  • Download on iOS

Aya

Wawa Taufik
4.57/5 (7 ratings)
Bercinta dan berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri, Sumayyah ingatkan dia bakal bahagia hingga ke akhir hayat. Rupa-rupanya, suami yang dahulunya buaya darat, langsung tidak pernah berubah. Bila dirinya mula kehilangan kesempurnaan sebagai seorang wanita, si suami mula memberi alasan.

“You tak mampu nak puaskan I lagi. Dan you dah tak mampu nak bagi anak kat I.” – Ikmal

“Ini! Bukan anak ke?” – Sumayyah

“I want more!” – Ikmal

Bagai nak luruh jantung Sumayyah bila suami yang dicintai, berlaku curang dan melafazkan talak tiga kepadanya semata-mata mahu memperisterikan wanita yang pernah menjadi pasangannya ketika belajar dahulu.

Namun bila sudah begitu, untuk apa Sumayyah merayu lagi? Ikmal sudah berlaku curang. Dirinya sudah ditalak tiga. Macam mana pun, dia perlu teruskan hidup.

Bersama sepasang anak kembar, dia membawa mereka kembali ke bumi Bradford, tempat di mana dia mula kenal Ikmal dahulu. Ingatkan dapatlah dia bertenang di situ, rupanya muncul pula lelaki berbangsa Arab yang kehilangan tunang tercinta di saat mereka hampir disatukan.

Sumayyah menolak, namun diri itu hadir menghulur lamaran. Tidak mahu bercinta lama kerana risau sesuatu yang buruk berlaku. Pelbagai alasan sudah Sumayyah berikan, namun diri itu dan keluarga menerimanya dengan sangat baik.

“Awak masih muda. Malah lebih muda dari saya. Dan awak juga masih berpeluang sekiranya ada rezeki. Semua itu adalah rezeki, Aya. Jodoh, pertemuan… juga adalah rezeki dari Allah. Itu hadiah Dia kepada kita. Takkanlah kita terlalu sombong hendak menolak pemberian dari Dia?” – Fayyad

Sumayyah terkesan dengan kata-kata Fayyad yang terlalu positif. Namun bila dia memikirkan tentang kekurangan dirinya yang mampu merosakkan impian Fayyad untuk memiliki zuriat, dia menjadi sukar hendak membuat keputusan.

Perlukah dia menerima lamaran Fayyad yang terbuka menerimanya seadanya ataupun memberi peluang kepada Ikmal untuk kembali ke dalam hidupnya semula?

Perlukah dia berkorban mencari cina buta semata-mata untuk kembali bersama ayah kepada anak kembarnya ataupun dia sendirian dan teruskan hidup tanpa Fayyad sekeluarga?
Format:
ebook
Pages:
411 pages
Publication:
2023
Publisher:
HE Dynamic Enterprise
Edition:
Language:
msa
ISBN10:
ISBN13:
kindle Asin:
B0DM493DGV