Read Anywhere and on Any Device!

Subscribe to Read | $0.00

Join today and start reading your favorite books for Free!

Read Anywhere and on Any Device!

  • Download on iOS
  • Download on Android
  • Download on iOS

Jejaka Pemalu

Pena Kayu
4.31/5 (13 ratings)
Dia putus tunang lagi. Dia kecewa lagi. Ini bukan kali pertama, tetapi sudah tiga kali!

"Entah-entah ada orang sengaja nak rosakkan kebahagiaan kau. Kau kena fikirkan kemungkinan ni, Lea."

Leanna ni bukan orang kenamaan. Jauh sekali anak bangsawan. Mustahil ada gerakan sulit yang mahu melihatnya gagal.

“Kalau susah sangat Lea nak jumpa lelaki yang sesuai, Erhan tu ada. Ayah suka dah dengan Erhan tu.”

Eh, ayah ni. Sesuka hati saja petik nama Erhan Fuad. Bukannya Erhan Fuad itu tak bagus, cumanya jejaka itu 'pelik' sedikit.

Pelik yang seperti apa? Pelik yang seperti ini;
• Selalu menundukkan pandangan.
• Selalu tersipu malu.
• Selalu menjauhkan diri.
• Lebih teruk lagi, selalu sahaja merosakkan waras Leanna. Jejaka spesis apa ini?

"Encik Erhan tu suci murni."

"Suci murni? Maksudnya dia suka lelaki?"

"Hush! Encik Erhan lelaki sejati. Dia cuma pemalu."

PEMALU? Apa Leanna tidak salah dengar? Ya, Leanna tidak salah dengar. Gara-gara sifat pemalu jejaka itu, hubungan aneh mereka bersimpul dengan akad. Leanna kalah pada ketenangan jejaka tersebut.

Tetapi hakikatnya, Erhan Fuad tidak seperti yang Leanna fikirkan. Semakin lama Leanna mengenali jejaka itu, semakin jelas sisi gelap jejaka tersebut.

"Awak tak tahu apa-apa, Lea. Awak tak tahu yang selama ni awak hidup dengan pengkhianat!"

Maksudnya apa ini? Takkanlah Erhan Fuad seorang pengkhianat? Tetapi siapa lagi yang boleh mengkhianati Leanna kalau bukan jejaka tersebut? Mereka hidup sebumbung dan semua gerak-gerinya dalam perhatian jejaka itu.

"Kalau saya nakkan sesuatu, saya akan dapatkan dengan apa cara sekalipun. Apa cara sekalipun, Leanna. Termasuk cara paling berdosa!" ungkapan Erhan Fuad seperti peluru yang dilepaskan berkali-kali ke jantungnya. Bahkan jejaka itu tidak lagi menundukkan pandangan, tetapi merenungnya dengan tepat. Kucar-kacir perasaannya. Berantakan semua perisai dirinya.

Erhan Fuad yang disangkakan jejaka pemalu telah bertukar menjadi jejaka jelmaan syaitan. Jadi Leanna perlu beraksi apa sekarang? Minta cerai? Atau terus menjadi isteri jejaka tersebut dan membongkar segala kemungkaran?

"Kekayaan paling besar adalah akal, Leanna. Dan kemiskinan paling besar adalah kebodohan."
Format:
Paperback
Pages:
463 pages
Publication:
2023
Publisher:
Edition:
Language:
ISBN10:
9671877079
ISBN13:
9789671877074
kindle Asin: