"Kopi dan gula itu seperti cinta dalam hati. Bagaimana dapat pisahkan cinta dalam hati?"
Kamellia yang dulunya peminat tegar teh, tiba-tiba berkabung terus daripada minum teh semenjak ibunya meninggal dunia. Hanya rasa kopi mampu menggantikan rasa teh yang penuh kenangan itu.
Redza, seorang penggemar teh sejati, sekali gus menjadi seteru Kamellia. Pengurus Kafe Biblioholic itu sering saja dingin tak tentu fasal dengan Kamellia. Padahal, dengan pekerja kafe yang lain, nada suaranya enak-enak sahaja. Ini membuatkan Kamellia jadi tidak puas hati.
Umair, lelaki itu garang seperti singa. Tapi, siapa sangka dia boleh jadi sahabat Kamellia yang baik sekali di luar pejabat. Peminat tegar espreso itu menyimpan banyak rahsia yang akhirnya membawa kisah silam yang pahit antara dia dan Redza.
Antara Redza dan Umair, kedua-duanya menyimpan perasaan pada Kamellia. Antara teh dan espreso, yang mana satu pilihan Kamellia.