HAQ Bahagia wanita itu dia yang leraikannya. Rasa bersalah itu tak pernah hilang meskipun berkali-kali kata maaf dia ulang. Dia tahu, melupakan segala apa yang berlaku, tak mudah bagi wanita itu. Dia ingin gantikan bahagia dan juga sebagai pelindung yang selalu ada bersama, tapi… Mahukah wanita itu terima?
“Saya tak pernah lupa Haq. Tak pernah. Sama seperti saya tak pernah lupakan dia.” - Kartini
KARTINI Dia pernah dipinjamkan rasa bahagia. Tapi sekelip mata, mimpi yang pernah dipinjamkan kepadanya itu direnggut dengan kejam. Dia tak akan memaafkan, tak pernah juga akan melupakan. Menerima lelaki itu umpama menikam luka pada tempat yang sama, tapi dia tak peduli asalkan lelaki itu terima balasannya. Tapi, sesungguhnya hati dan fikiran tak pernah selari, semakin dia menjauh, semakin hubungan mereka tersimpul mati.
“Awak boleh tak jaga diri awak baik-baik? Tolonglah jangan cederakan diri awak. Saya tak selalu ada untuk awak. Please, jangan buat saya risau.” - Haq
NUDRA Dia tahu yang lelaki itu amat mencintai dia. Tapi kehadiran wanita yang berwajah polos dengan cerita sedihnya itu, menghancurkan semua mimpi yang pernah dia bina. Lelaki itu tega menyuruh dia lupakan cinta, tapi tak semudah itu untuk dia menyerah kalah. Kalau nyawa jadi taruhan, maka nyawa juga yang akan dia berikan.
“Awak kata awak sayangkan saya, tapi awak seolah-olah langsung tak mahu mempertahankan hubungan kita. Awak sanggup ke nak lepaskan saya hidup bersama orang lain. Awak mampu ke Haq?” - Nudra
Mereka bertarung dalam merebut mimpi yang belum tahu kesudahan dan juga pemenangnya. Mungkinkah Haq dapat menebus dosa? Adakah Kartini akan dikembalikan mimpinya semula, atau mungkinkah Nudra akan dapat semula lelaki yang dia cinta? Segalanya mungkin kerana mimpi yang mereka kongsi itu masih belum bertemu penamatnya.