Memiliki seorang lelaki yang sempurna itu impian semua wanita. Namun bergantung bagaimana manusia itu mendefinisikan kesempurnaan mengikut kehendak akalnya. Erina dijodohkan dengan Benjamin atas dorongan keluarga. Pada awal penilaiannya kepada lelaki ini sudah amat negatif. Sementelah dia berperang dengan kehendak hati antara Faizal dan Benjamin. Bermacam andaian datang ke dalam fikirannya tentang Benjamin.
Awal perkahwinan itu sudah tentu ada dugaannya. Tiada yang terlepas darinya. Ada ketikanya Erina merasa sangat bahagia dengan perkahwinannya. Baginya Benjamin adalah lelaki yang didambakannya. Tetapi akan sampai waktunya, bahagia itu hadir dengan ujian. Terbongkar kisah hubungan Benjamin dengan seorang wanita China yang rupanya wanita palsu, bahagia mereka terus berantakan tanpa sempat soalan berjawab.
Lumrah wanita... mereka sangat alah dengan istilah curang. Mereka beriman dengan emosi kadang-kala sehingga mengatasi akal dan fikiran. Lenyap segala kebaikan seorang suami hanya kerana satu istilah itu... curang! Hakikatnya manusia ini, semenjak di azali Tuhanlah yang paling mengenali setiap hamba-hamba-Nya. Manusia tidak tahu tentang semuanya atas dunia ini. Ketika sesuatu dendam itu telah melebihi batasannya, sarat oleh keangkuhan... boleh jadi Allah menyedarkan semula dengan cara yang sadis dan menyakitkan.
Begitulah yang berlaku kepada mereka berdua. Pada saat Erina terjatuh dalam keadaan yang paling hina... Benjamin adalah lelaki yang mengangkat dan menaikkan darjatnya semula sebagai permaisuri di dalam hidup seorang suami dengan satu perkataan yang Erina terlupa untuk memberikannya ketika marah yakni... maaf.
Maka itulah waktunya dia memikirkan yang... wanita juga tidak sempurna. Wanita juga berbuat salah di dalam hidupnya. Persis apakah lelaki yang sempurna itu? Adakah lelaki yang manis bermadu mulutnya tetapi gagal mengawal cemburu itu lelaki idaman kalbu? Adakah lelaki yang sempurna itu semestinya lelaki yang serbannya sebesar beguk unta?
Incomplete... kisah tentang seorang lelaki yang merasa tidak sempurna tanpa permaisuri hatinya. Jadi, ketidaksempurnaan isterinya juga sudah semestinya ada pada semua wanita. Sesungguhnya lelaki yang baik itu ada dan ramai. Seperti mana wanita yang jahat juga ada dan ramai. Cuma kebaikan lelaki di atas dunia tidak begitu dinobelkan kerana dunia wanita lebih fokus kepada kesalahan lelaki untuk direndahkan. Kisah ini berkisar tentang wanita yang tidak sempurna lalu disempurnakan dirinya oleh seorang lelaki yang menyintainya dengan seluruh jiwa.