"Al-Wazzan" merupakan seorang tokoh ulama' Arab pada kurun ke-16 Masihi. Beliau belajar di Universiti Qairawan dan telah menjelajah banyak negara yang terletak di Afrika Tengah. Dalam sesi penjelajahannya, beliau telah diculik dan ditawan oleh sekumpulan lanun. Al-Wazzan menghabiskan usianya di Rom dan Vatican serta pernah mennjadi guru bahasa dan sastera Arab di Itali. Beliau merupakan seorang pengarang yang aktif dan telah menghasilkan beberapa buah buku dalam bahasa Latin dan Itali. Al-Wazzan adalah penulis pertama yang menulis kamus dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Latin dan Itali. Selain itu, beliau juga menulis sebuah ensiklopedia tentang Afrika yang berjumlah sembilan jilid. Kisah tokoh yang menjadi kebanggaan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.