Benarlah takdir itu pilihan DIA, bukan manusia. Kehidupan Bunga Adriani berubah dalam sekelip mata pabila tunang tersayang terlibat dalam kemalangan. Bunga ingat, setakat kemalangan biasa. Tak pernah menyangka, kemalangan itu meragut sebelah kaki milik Zhafrael. Dan yang paling buat Bunga terkejut, bila si tunang nekad tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka. “We should call off our wedding, Bunga. Macam mana Zhaf nak lindungi Bunga sedangkan sebelah kaki Zhaf dah tak ada? Zhaf dah jadi lelaki cacat, Bunga.” - Zhafrael “Bunga tak perlukan kaki Zhaf untuk lindungi Bunga. Cukuplah Zhaf masih tempatkan Bunga dalam hati Zhaf. Cukuplah Zhaf lindungi hati Bunga daripada terluka. Bunga merayu, jangan tinggalkan Bunga. Bunga terima Zhaf seadanya.” - Bunga Adriani Walaupun Bunga yakinkan Zhafrael yang dia ikhlas menerima kekurangan lelaki itu, namun Zhafrael nekad tidak mahu meneruskan perkahwinan mereka berdua. Bunga tak sanggup hendak berpisah dengan Zhafrael. Bunga mahu sentiasa dekat dengan bekas tunangnya itu. Lalu Bunga membuat keputusan paling gila. Keputusan yang akhirnya menjerat dia dengan lelaki yang dulunya hampir bergelar abang ipar sendiri. “Semua persiapan dah dibuat. Kad pun kita dah edar. Majlis tu perlu diteruskan, Zhaf. Kalau tak, semua orang akan bercakap-cakap pasal Bunga. Keluarga Bunga akan tanggung malu kalau majlis dibatalkan.” - Bunga Adriani “Tapi pengantin lelaki dah tak ada, Bunga.” - Zhafrael “Bunga nak adik Zhaf gantikan tempat Zhaf. Bunga nak Zhafraez jadi suami Bunga. Lagipun dia dengan Zhaf kembar seiras. Seseorang perlu bertanggungjawab atas keputusan Zhaf.” - Bunga Adriani Itu nekad Bunga. Mahu Zhafraez mengahwini dia, supaya dia dapat selalu dekat-dekat dengan Zhafrael. Dan Bunga letakkan syarat, mereka akan tinggal sebumbung di dalam rumah agam itu bersama-sama Zhafrael. Bunga ingat Zhafraez tak tahu niat Bunga, ternyata Bunga silap menilai lelaki itu. “Aku tahu kau nak aku jadi suami kau sebab kau nak selalu dekat-dekat dengan abang aku. Tapi satu yang aku nak ingatkan kau, Bunga. Aku memang suami ganti. Tapi sampai bila-bila aku takkan lepaskan kau pergi. Kau nak sangat aku bertanggungjawab atas keputusan Zhaf kan? Jadi kau kena hadap muka aku, buat seumur hidup kau.” - Zhafraez Bunga tak peduli apa sekalipun ugutan Zhafraez. Bagi dia, yang lebih penting adalah dia mampu melihat Zhafrael sentiasa ada di depan mata. Begitu hebat penangan cinta seorang Zhafrael Ali terhadap Bunga. “Bunga nak jaga Zhaf. Zhaf demam ni. Bunga ambilkan ubat untuk Zhaf ya?- Bunga Adriani “Tak manis bila isteri orang, berdua-duaan dengan lelaki lain. Kalau Zhaf demam sekalipun, mama ada. Mama boleh jaga Zhaf. Bunga masuklah bilik Bunga, suami Bunga pun tak sihat kan? Selalu kalau Zhaf demam, Raez pun akan demam juga.” - Zhafrael Zhafrael cuba mengelak. Namun Bunga sentiasa mencari peluang untuk berada dekat dengan lelaki itu. Sampai satu masa, Zhafrael buat keputusan untuk cari pengganti supaya Bunga berhenti berharap pada dia. “Kenalkan ini Lily, bakal tunang Zhaf. Lily ni pun cacat anggota juga. Lily tak ada tangan kiri, Zhaf tak ada kaki kanan. Jadi lepas ni, kami akan saling melengkapi. Zhaf bakal kahwin dengan dia, Bunga. Zhaf harap Bunga akan lepaskan Zhaf dari hati Bunga.” - Zhafrael Itu kata Zhafrael, sementara kata Zhafraez pula.. “Aku takkan biar kau jadikan aku sebagai suami dayus lagi. Dah cukup banyak aku bagi muka pada kau selama ni, Bunga. Kalau kau dah tak reti membaca, biar aku ajar kau sekarang. Nama yang tertera dekat kad nikah kita, Zhafraez Adam bin Zahri. Bukan Zhafrael Ali!” - Zhafraez Agak-agak apa pengakhiran kisah Bunga dan Zhafraez? Akan kekal atau terlerai sebaik saja bekas tunangnya menikahi Lily? Atau cinta Zhafrael dan Bunga yang pernah terputus bakal kembali bertaut semula? Pada Bunga, Zhafraez hanya sekadar suami ganti. Namun adakah Zhafraez juga merasakan hal yang serupa?