Read Anywhere and on Any Device!

Subscribe to Read | $0.00

Join today and start reading your favorite books for Free!

Read Anywhere and on Any Device!

  • Download on iOS
  • Download on Android
  • Download on iOS

seratus pulau di muara

Muhammad Haji Salleh
3.75/5 (4 ratings)
seratus pulau di muara merupakan sebuah kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh yang membawa pengalaman berbagai-bagai—daripada memerhati mbak gudeg di Jogja, kepada merenung nikmat senyap seorang penjual buku di Manila; daripada anak-anak yang riuh bermain bola di Fez, hinggalah kepada seorang peladang dan sawahnya. Kehidupan mengalir di samping dan di dalam diri penyair. Tindak balas terhadapnyalah yang dikutip, dipilih, dicatat dan akhirnya dicantumkan menjadi sajak.

Penyair sering memilih perasaan manusia yang disisih, terbuang, dibenci dan difitnah, beliau merenung peta takdir dan bekas air mata di pipi mereka. Tetapi ada pula sesekali mereka disayangi dan dihargai. Muhammad Haji Salleh menemui atau membaca wajah mereka di selatan Thailand, Myanmar, China, India serta Palestin. Inilah segugusan perasaan yang sangat menyayat hati atau membahagiakan. Muhammad Haji Salleh sudah lama dikenali sebagai penyair-pengembara, dan sudah sampai di kampung atau kota lebih 70 buah negara dan menikmati manusia serta budayanya. Oleh yang demikian, beliau pernah tergoda oleh Machu Picchu, dan telah menulis sajak panjang dalam ‘4 unsur di Peru’ sebuah buku khusus tentang Jepun (sewaktu beliau tinggal di Kyoto), dan sebuah buku tentang benua Amerika Utara dan Selatan, sebuah buku lagi yang menyanjung alam sepanjang tahun, sewaktu mengajar di Universiti Sains Malaysia.

Inilah tingkap berwarna-warni dalam jiwa penyair di dalamnya ada manusia yang berlainan wataknya, budaya yang berbeza, bahasa yang berbagai-bagai, dan tidak lupa warisan kearifan yang terdapat dalam bahasa-bahasa mereka yang tua atau muda.
Format:
Paperback
Pages:
237 pages
Publication:
2022
Publisher:
Penerbit Univeristi Sains Malaysia
Edition:
First Edition
Language:
msa
ISBN10:
9674616357
ISBN13:
9789674616359
kindle Asin: